Tuesday, September 4, 2012

London (Part 1): Hari Pertama (Heathrow - Paddington)


Tahun 2012, dari 21/8 hingga 25/8 yang baru lepas, Abe & Kak Ita berpeluang untuk ke London buat pertama kali dalam sejarah hidup kami. Di sini dirakamkan sedikit pengalaman buat tatapan semua & juga diri sendiri.

Departure: Dari KLIA (KUL) ke Heathrow Airport (LHR)

Kami terbang bersama Emirates Boeing 777 & Airbus 380 untuk pergi dan balik. Perjalanan memakan masa 13 jam (tidak termasuk masa transit di dubai).





Semasa transit di Dubai, kami sempat jamakkan solat dan juga bersiar-siar di sekitar Duty Free area. Kami ada waktu transit yang panjang apabila pulang nanti dan bercadang untuk keluar dari Dubai Airport pada waktu tersebut.


DAY 1: Dari Heathrow Airport ke London, Paddington.




Sesampai di Heathrow Airport, kami terus ke tingkat bawah Terminal 3 menuju ke kaunter train Heathrow connect untuk ke Paddington, London.

 


Perjalanan memakan masa lebih kurang 25 minit, pemandangan banyak dihiasi oleh kilang-kilang dan juga kawasan perumahan yang kelihatan sedikit ganjil berbanding di Malaysia. Sampai sahaja di Paddington kami pun meneruskan agenda bergambar untuk kenangan.

 




Di Paddington Station, kami sempat membeli Oyster Card (£5 untuk satu card + £10 top up). Kami hanya beli satu kad saja kerana satu lagi kad telah pun disponsor oleh adinda kami (thanks Fazlin).


Dinding pink tu adalah pintu masuk untuk para pegawai & atlit Olimpik/Paralimpik ke destinasi masing-masing.

Pintu depan Paddington Station - penuh dengan flyer Olimpik yg berwarna-warni.

Kehangatan sukan Olimpik dan Paralimpik dapat dirasai dengan adanya billboard & flyer yang memenuhi ruang stesen. Sedang asyik berjalan-jalan di dalam kawasan stesen, tiba-tiba terjumpa pulak dengan statue Paddington Bear yang famous dengan buku dan kartun untuk kanak-kanak.


"Please look after this BEAR, THANK YOU"

Kak Ita & Paddington Bear.

Dari Paddington Station kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan jauh menuju ke hotel, so dapatlah melihat sedikit pemandangan dan merasai suasana di sekitar Paddington ini. Berpandukan kepada peta yang sempat dilihat di pintu masuk Paddington Station, kami menuju ke arah Kensington Gardens. Dekat je, tak penat pun.




Kensington Gardens - ramai orang berjalan-jalan serta beriadah kat sini.


Kensington Gardens - banyak pokok maple kat sini, unik daun-daun nya.


Kensington Gardens - Drinking fountain.


Selesai menghirup udara pagi yang segar di Kensington Gardens kami meneruskan perjalanan ke hotel melalui route yang sengaja diperjauhkan dari awal tadi. Keluar aje dari taman terus terjumpa tempat parking basikal Barclays, ianya salah satu kemudahan kat London, charge kira jam. Boleh diambil dan dihantar ke mana-mana saja di sekitar london, janji ada tempat parking macam nie. Basikal nie sesuai untuk short distance ride, guna credit card utk access fee (£1 sehari). Setiap kayuhan - 30 min pertama free, lebih 30 min ada charge tambahan. Nak jimat, cepat-cepat parking balik basikal sebelum 30 min, tunggu 5 min pastu ambil basikal lain pulak utk sambung perjalanan.



Pondok telefon merah yang selalu dilihat di kaca tv.

Hidup telefonnya, pondok je antik.

Nak posing gaya mesti ada :)

Cantik kawasan ni.
Di kawasan ini juga terletaknya Restoran Tuk Din yang sering diceritakan oleh kawan-kawan yang pernah ke London. Apa lagi, teruslah kami merakamkan kenangan di hadapannya. Waktu ni masih pagi, perut pun tak lapar, jadi kami tak singgah. Dua hari kemudian kami kembali lagi ke sini untuk menjamu selera, tapi tutup pulak (nampak macam ada renovation) so tak dapatlah merasa penangan Tuk Din.



Kak Ita sedang bersolek, opps merakam sebenarnya.

Souvenir shop.

Tidak ketinggalan, mangsa kamera kami yang seterusnya ialah MARA House, Black London Cab, Double Decker bus dan St Mary's hospital. Saksikanlah...


Berlatar belakangkan MARA House, di sinilah terletaknya Bonda Cafe.

Area ni pun cantik, hotel Lancester London.


Black cab yang tersohor di London.

Canggih back seat taxi nie, boleh duduk mengadap.

Bas double decker, yang ni dah versi moden. ada juga yang versi lama, tapi tak sempat nak tangkap gambar.

Double decker back to back.

St Mary's Hospital.

Sebahagian dari bangunan St Mary's Hospital yang menarik perhatian.

Setelah merasa puas berjalan-jalan kami terus ke hotel untuk check-in, dekat je sebenarnya dengan Paddington Station tadi. Depan Tune Hotel ini ada Tesco Express, so senanglah nak cari apa-apa untuk dimakan time lapar nanti.





No comments:

Post a Comment