Tuesday, September 18, 2012

London (Part 2): Hari Kedua (Big Bus Tours - Trafalgar Square, London Eye, Tower of London, Tower Bridge, Horse Guards, Hyde Park & Marble Arch)



Hari ke-2 di London dimulakan dengan bersarapan porridge cup segera yang dibekalkan oleh our beloved mum (Thanks Ma), dan juga air Nescafe campur Milo 3in1 yang dibawa dari tanahair. Kemudian, kami ke Tesco express di hadapan hotel dan menapau roti chess panas yang baru keluar ketuhar bersama sedikit snacks untuk bekal berjalan nanti.

Bergambar bersama Tune Hotel dan tanda jalan Pread Street - Pose muka ketat

Bersama hasil tapauan.

Area South Wharf Road sebelah Pread Street

Selesai bersarapan, kami terus menuju ke perhentian bas di London Street untuk join The Big Bus Tours yang telah ditempah secara online beberapa bulan sebelumnya.




Best juga naik Big Bus Tours nie, kami bayar £22 seorang melalui online. Tapi kalau nak beli tiket on the spot boleh juga cuma mahal sikit (±)£29 seorang.

Big Bus Tours - Map tempat-tempat menarik yang diberi percuma

Antara beberapa gambar yang sempat dirakam dari atas Big Bus Tours.

Area Oxford Circus Station


Tayangan hari ini


The Treasury -  kementerian kewangan dan economy untuk kerajaan British.

Gambar pemandangan diambil dari atas London Bridge, yang jauh itu adalah Tower Bridge.

Rumah hantu di bawah London Bridge.

The Shard, bangunan tertinggi di Eropah (2012)


The Red Lion - Statue singa yang terletak di hujung jambatan Westminster di sebelah South Bank. 

Thanks Big Bus Tours

So, sedikit coretan perjalanan kami bermula dengan stop pertama kami, Trafalgar Square di Charing Cross. Di sini kami tidak melepaskan peluang bergambar bersama National Gallery, Nelson's Column & London Ambasador pod. Terdapat 4 lion statue yang besar di sini yang diperbuat dari gangsa, boleh  naik atasnya tetapi disebabkan waktu tengahari, singa tersebut agak panas untuk disentuh.

Trafalgar Square - Berlatar belakangkan National Gallery


Lambang Paralimpik pada tiang National Gallery

Berlatar belakangkan Team London Ambassador pod - sempena sukan Olimpik/Paralimpik 2012

Kak Ita & kawan baru dari London ambassador.

Trafalgar Square - Nelson's Column

Lion statue at Nelson's Column - tak dapat naik belakang singa kerana singa terlalu panas (waktu tengahari)

Trafalgar Square - Fountain with statue berkuda

6 hari, 7 jam, 27 minit & 17 saat lagi ke sukan Paralimpik 2012 London

Setelah puas mundar-mandir di Trafalgar Square, kami mula keluar dan menuju ke arah Big Bus yang sedang parking di seberang jalan. Tak semena-mena terjumpa pulak dengan satu lagi restoran sajian Malaysia iaitu restoran Jom Makan.


Harga standard UK, tunggu balik Malaysia je la baru pekena kaw-kaw punye.


Dari Charing Cross, kami kembali menyambung perjalanan bersama The Big Bus Tours ke London Eye.

Sangat ramai orang kat sini

Bila berada betul-betul di bawah London Eye, baru terasa besar  London Eye ini.

Dari London Eye ini juga kami berpeluang untuk menaiki City Cruises ke Tower Millennium Pier berdekatan dengan Tower of London.

Pintu masuk untuk ke jeti City Cruises di London Eye.

Dah sampai pun ride kami - City Cruises on River Thames

Suasana di atas City cruises - boleh nampak London Gherkin (bangunan berbentuk roket) dalam gambar ni.

Halfway perjalanan ada foto besar Queen Elizabeth II bersempena dengan sambutan Jubli Intan Queen Elizabeth II pada bulan Jun yang baru lepas.


Tourist tidak melepaskan peluang merakam foto besar Queen Elizabeth II.

Diamond Jubilee of Queen Elizabeth II

River Thames

The Shard - bangunan tertinggi di Eropah yang baru siap bulan Julai lepas

River Thames - berlatar belakangkan kapal perang HMS Belfast yang kini dijadikan muzium kapal.

Dan akhirnya tibalah kami ke tempat yang dituju, Tower Bridge of London. Teruja betul dapat tengok Tower Bridge nie dari dekat. Kami amat bertuah kerana ada seorang tourist dari US berbangsa cina (lupa pulak namanya) telah meminta pertolongan daripada kami untuk membantu menangkap gambarnya semasa diatas kapal dan sebagai balasan beliau mengofferkan diri untuk mengambil beberapa gambar buat kami berdua.





Akhirnya kami sampai di Tower Millennium Pier, turun kat sini untuk ke Tower of London.

Tower Millenium Pier

Bergambar selepas mendarat di dermaga Tower Millennium.

River Thames + City Cruise + The Shard + HMS Belfast in one picture.

Dari tempat kapal berlabuh, kami terus mengatur langkah menuju ke Tower of London.




Tower of London - Cantik kawasan ini

Maskot Olimpik London 2012


Rehat jap, menghilangkan lenguh-lenguh di kaki.


Tower of London - Kubu lama


Dari Tower of London, kami berjalan menyusuri jalan ke Tower Bridge.




Tower Bridge - sepasang warga emas yang sedang bersiar-siar mengofferkan diri untuk menangkap gambar ini.


Tower Bridge & us.

Fountain seorang kanak-kanak perempuan bersama ikan lumba-lumba bersebelahan Tower Bridge.

Girl with a dolphin's fountain.

Girl with a dolphin's fountain.

Setelah puas bergambar di Tower Bridge, kami terus menuju ke bus stop untuk ke tempat seterusnya. Semasa menyusuri jalan untuk ke bus stop, sempat juga bergambar berlatar belakangkan London Gherkin (bangunan berbentuk roket).


Next stop, kami menaiki Big Bus Tours ke Horse Guards.

Signboard jalan bertentangan dengan Horse Guards building.

Statue askar berkuda berhampiran Horse Guards.

Horse Guards - Askar berkuda real tu.

Kak Ita memberanikan diri bergambar di sebelah askar berkuda.

BEWARE: Horses may kick or bite! Thank you.

Bersama pengawal on-foot.

Di hadapan bangunan Horse Guards.

Horse Guards Avenue - berhadapan dengan bangunan Horse Guards.




Setelah selesai bersiar-siar di Horse Guards, kami menyambung perjalanan dengan Big Bus ke Hyde Park.

Hyde Park - Speaker's Corner, tempat orang ramai bebas berpidato.


Hyde Park - Berlatar belakangkan baritone player, uniknya setiap kali baritone ditiup, ia akan mengeluarkan api (sayangnya tidak berjaya dirakam).

Dari Hyde Park, kami berjalan menuju ke Marble Arch yang berada di sebelah utara, berdekatan dengan Oxford Street.


Marble Arch - with flowers & bird droppings :)


Arca kepala kuda ini bernama "Horse at Water" terletak di Marble Arch.

Kak Ita with "Horse at Water"

Berlatar belakangkan monumen Marble Arch

Pengembaraan kami pada hari kedua ini berakhir di Marble Arch, di mana buat pertama kalinya kami mengambil Underground transport yang terkenal dengan kecekapannya dari stesen Marble Arch ke stesen Edgware Road (juga berdekatan dengan Tune Hotel kami). Jumpa lagi pada episode seterusnya, assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment