Hari ini adalah hari terakhir kami di London. Cuaca pagi agak mendung diikuti dengan hujan lebat pada sebelah petangnya. Waktu pagi dimulakan dengan packing barang agar senang apabila checkout nanti. Waktu checkout di Tune Hotel ini agak awal sedikit iaitu jam 10 pagi. Memandangkan flight kami hanya akan berlepas jam 8 malam, kami menyimpan beg di stor Tune Hotel dengan charge £2 untuk satu luggage.
|
Thanks & selamat tinggal Tune Hotel Paddington. |
Plan kami hari ini, nak tukar notes dirham untuk kegunaan di Dubai, tambah souvenir dan juga lunch di restoran Tuk Din. Tapi restoran Tuk Din tutup la pulak, so tak dapatlah merasa penangan Tuk Din. Sebaliknya kami singgah di satu kedai yang halal dan menjamu selera di situ, Lolita namanya.
|
Ada sijil halal tergantung di dinding dalam kedai ni. |
|
Sedap kebab kat sini, fish & chips pun ok juga. |
|
Cantik kawasan kedai ni. |
Jam 3 petang kami kembali ke hotel untuk
pickup luggage, waktu ni hujan lebat sangat. Kami tiba di Paddington station dengan baju yang sedikit basah. Kali ni kami terjumpa
booth Paddington Bear, masa
first day sampai sini tak perasan pulak
booth nie.
|
Sebelah depan booth ada jual teddy bear. |
|
Sebelah tepi ada mugs. |
|
Sebelah belakang booth ada t-shirt. |
|
"Paddington Bear at Paddington Station" |
Dengan ini berakhirlah perjalanan kami di London, entah bila dapat kembali ke sini lagi. Bye bye London.
|
Heathrow Airport - "Selamat tinggal London" |
No comments:
Post a Comment