Hari ketiga kami bercadang untuk ke Malaysia Hall dan menikmati sarapan pagi di sana. Kami keluar dari hotel pada awal pagi dan terus menuju ke Edgware Road station. Dari sana kami mengambil Circle line dan turun di Bayswater station. Untuk ke Malaysia Hall, kami berjalan ke arah Queensway station, kemudian menyusuri Bayswater Road dan Queensborough Terrace. Perjalanan sejauh 500 meter ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
|
Chapel street - Edgware Road station. |
|
Underground - Edgware Road station |
Sungguh tenang suasana di sekeliling Malaysia Hall ini, kami sempat merakam beberapa keping gambar di hadapan pintu masuk Malaysia Hall sebagai kenangan.
|
Malaysia Hall London |
|
Plat nama tertulis Malaysia Hall London. |
|
♫ Bendera berkibar di angkasa ♫ |
Cafe di Malaysia Hall ini terletak di aras bawah bangunan, ianya dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Terdapat lampu neon 'OPEN' di tingkap hadapan cafe yang dipasang sepanjang waktu operasi. Bila masuk ke dalam cafe, terasa sedikit sebanyak seperti sedang berada di Malaysia, tambahan pula sekarang masih dalam bulan Syawal (hari raya ke-4) di mana hiasan hari raya memenuhi ruang di dalam cafe.
|
Lampu neon 'OPEN' sudah menyala. |
|
Ketupat menjadi hiasan di kaunter makanan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. |
|
Inilah dia sarapan yang sempat kami jamah di sini. |
Selesai menjamu selera di Malaysia Hall, kami balik semula ke Queensway. Banyak kedai souvenir kat Queensway dan harganya pun sangat berpatutan. Kemudiannya kami menaiki underground di Queensway station untuk ke PRIMARK di Oxford street.
|
Satu lagi cawangan PRIMARK akan dibuka di Oxford street september ini.. |
|
You are here. |
|
PRIMARK ini berhampiran dengan Marble Arch. |
|
Kaunter cashier PRIMARK. |
Selesai membeli-belah, kami kembali ke hotel untuk menyimpan barang dan juga menunaikan solat sebelum keluar semula untuk meneruskan agenda sight-seeing dan photo-shooting. Sebelah petangnya pula kami bercadang untuk ke Big Ben, House of Parliament @ Westminster Palace, Westminster Abbey dan Buckingham Palace yang masih belum sempat kami kunjungi.
|
Summer 2012 |
|
Berlatar belakangkan London Eye. |
|
Cantik pemandangan dari seberang River Thames. |
Dan akhirnya selepas turun di stesen underground Westminster, kami di sambut oleh salah satu landmark yang terkenal di London iaitu Big Ben. Daripada pembacaan, Big Ben tu sebenarnya nama bagi loceng besar yang berada di dalam menara jam tersebut, manakala menara jam itu pula bernama Elizabeth Tower.
|
Berlatar belakangkan Big Ben. |
|
Kenderaan berwarna kuning di belakang itu ialah sebuah amphibian transport, boleh masuk dalam sungai. |
|
Ada nampak bendera Malaysia tak? |
|
Nampak tak? |
|
Cluenya, di atas kepala saya. |
Dari Big Ben, kami kemudiannya ke Westminster Abbey. Dekat je, jalan kaki je. Di pertengahan jalan ada tugu Nelson Mandela dan beberapa tugu tokoh lain.
Westminster Abbey ini merupakan sebuah gereja yang selalu menjalankan upacara Di-Raja Britain. Di sinilah juga Prince William dan Catherine Middleton di kahwinkan pada tahun lepas, dan pada 13 September 2012 yang lalu mereka telah ke Malaysia bagi membalas kunjungan kami ke UK, hehe :)
Di sini juga kami berkenalan dengan sepasang suami isteri dari India yang baru sahaja tiba di London. Mereka mengkhabarkan kepada kami bahawa hujan diramal akan turun pada esok hari, mungkin boleh mengganggu sedikit perjalanan mereka di sini. Dan ramalan itu benar, memang lebat sangat-sangat pada hari esoknya. Mujurlah cuaca agak baik pada hari-hari sebelumnya, dapatlah kami berjalan dengan aman, alhamdulillah.
|
Westminster Abbey's Great North Door |
|
Gambar dirakam oleh sepasang suami isteri dari India. |
|
Westminster Abbey's Great West Door |
|
Great West Door |
|
Bangunan bersebelahan Westminter Abbey yang agak menarik. |
Setelah puas meronda di sekitar Westminster Abbey, kami terus menyeberangi jambatan Westminster dan merakam gambar berlatar belakangkan House of Parliament atau juga dikenali sebagai Westminster Palace. Agak lama kami menikmati pemandangan di sini sehingga beberapa kali dapat mendengar bunyi dari loceng Big Ben.
|
Berlatar belakangkan House of Parliament. |
|
Dari atas Westminster bridge. |
|
Satu lagi maskot sukan Olimpik dijumpai. |
Dari Westminster station kami naik underground ke Green Park station dan kemudiannya kami merentas The Green Park sejauh 500 meter untuk sampai ke Buckingham Palace.
|
The Green Park |
|
The Green Park - Besar-besar tupai kat sini. |
Akhirnya sampailah kami ke Buckingham Palace, antara tempat yang paling ingin dilawati oleh kami terutamanya Kak Ita. Memang teruja habis Kak Ita kat sini.
|
Berlatar belakangkan Buckingham Palace. |
|
Abe @ Buckingham Palace |
|
Kak Ita @ Buckingham Palace |
|
Canada Gate of Buckingham Palace |
|
Victoria Memorial - terletak di hadapan Buckingham Palace. |
|
Victoria Memorial |
|
Malam sudah tiba. |
Buckingham Palace merupakan destinasi kami yang terakhir untuk hari ini dan esoknya adalah hari terakhir kami di London. Jadi kami mengambil keputusan untuk kembali ke Westminster bagi melihat dan merasai suasana London di waktu malam. Suhu malam itu turun hingga mencecah 12°C, sejuk betul, lama-lama tak tahan kami terus pulang.
|
Nak balik dah. |
No comments:
Post a Comment